PENGENALAN
1.1 Pengenalan latihan
industri
1.1.1 Pendahuluan
Latihan
industri merupakan syarat wajib yang telah ditetapkan oleh seluruh
Politeknik di Malaysia, pelajar yang mengambil latihan industri
adalah untuk melayakkan pelajar untuk menerima diploma dari pihak
MQA. Ini kerana sebelum memulakan latihan industri, para pelajar
bebas untuk memilih tempat atau syarikat yang mereka inginkan untuk
membuat latihan industri. Melalui latihan industri inilah, para
pelajar akan mendapat tunjuk ajar atau pengetahuan khas mengenai
sesuatu pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang mereka pelajari
semasa di Politeknik.
Tujuan utama
latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam
pekerjaan yang sebenar dan jauh berbeza dari pembelajaran. Semasa
menjalani latihan industri, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan masalah yang belum pelajar alami semasa berada di
Politeknik. Oleh yang demikian, pelajar boleh mempraktikkan teoriyang
dipelajari setelah kembali ke Politeknik dan semasa memasuki alam
pekerjaan nanti. Pelajar juga dapat membina keyakinan diri pelajar
untuk masyarakat luar sekiranya tamat latihan nanti.
Setelah tamat
latihan industri, setiap pelajar wajib menyediakan laporan rasmi yang
menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas-tugas yang telah
pelajar lakukan dalam tempoh lima bulan di Latihan industri.
1.1.2 Objektif latihan
industri
Latihan industri
ini dilakukan adalah bagi mencapai matlamat dan objektif latihannya.
Objektif ini secara ringkasnya bermatlamat untuk meningkatkan lagi
keberkesanan sesuatu bidang yang diceburi oleh pelajar. Secara amnya,
objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan para pelajar
kepada alam pekerjaan yang sebenar yang bakal ditempuhi oleh mereka
dan membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori yang telah
dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya serta
menanamkan semangat kerja-kerja secara berpasukan dan mengamalkan
cara berkomunikasi secara baik dan berkesan.
Disamping itu,
para pelajar akan mendapat pengalaman yang sangat berguna semasa
membuat latihan ini dan memberi mereka lebih keazaman untuk lebih
bersungguh-sungguh bagi mencapai kerjaya yang mereka impikan. Hal ini
secara tidak langsung dapat menguji kecekapan pelajar dalam
mempratikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar
semasa di Politeknik. Objektif yang digariskan ini dapat memastikan
setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang menjalani Latihan industri
memberi kesan positif kepada pelajar agar boleh digunakan pada masa
hadapan.
Secara
kesimpulannya, objektif dan Latihan industri memainkan peranan yang
penting bagi melahirkan pelajar yang memahami bidang tugasnya dan
kerjaya yang bakal ditempuhi apabila tamat pengajian nanti. Bagi
pelajar segala tindakan diambil oleh pihak pengurusan Latihan
Industri amat positif dan memberi kesan yang baik pada masa hadapan.
1.1.3 Objektif laporan
latihan industri
Menerangkan secara
terperinci melalui penglibatan pelajar terhadap syarikat Image Façade
Construction Sdn Bhd iaitu tentang latarbelakang syarikat yang
terlibat dari segi sejarah awal penubuhan, struktur organisasi,
operasi, perkhidmatan dan banyak lagi secara umumnya. Analisa
terhadap aliran proses perkhidmatan dan komitmen staff akan dinilai
untuk melihat kekuatan dan kelemahan organisasi.
1.1.4 Tujuan latihan
industri
Tujuan utama latihan
industri adalah untuk pendedahan dan memperkenalkan kepada pelajar
tentang pelbagai aspek amalan dalam bidang Teknologi Maklumat dan
peranannya dalam masyarakat tempatan atau kepada dunia. Ia juga
bertujuan untuk memberikan sedikit sebanyak pengalaman kerja untuk
pelajan supaya pelajar tidak akan terkejut dengan alam pekerjaan
selepas tamat pengajian nanti.
1.2 Latar Belakang
Organisasi
1.2.1 Pengenalan kepada
Organisasi
PENGENALAN
SYARIKAT
Syarikat Image
Façade Construction Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Image Façade
Construction) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1999.
Syarikat Image Façade Construction (IFC) ini pada awal penubuhannya,
telah didaftarkan dengan Pusat Khidmat Kontarktor (PKK) dalam kelas
E, dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam
gred G2.
Setelah
menjalankan kerja-kerja dalam Kelas E selama hampir 4 tahun, pihak
syarikat IFC telah memohon kenaikan kelas daripada PKK iaitu daripada
kelas E ke kelas C dan juga deripada CIDB iaitu daripada gred G2 dan
G5.
Syarikat ini telah
mendapat keyakinan dari badan-badan kerajaan untuk menjalankan
projek-projek antaranya pembinaan skim perumahan, pembinaan kilang,
kerja-kerja infrastruktur dan kerja-kerja ubahsuai termasuk dari
bank-bank dan badan berkanun.
Setelah hampir 11
tahun menjalankan kerja-kerja pembinaan dan infrastruktur, syarikat
ini telah menukarkan status syarikat dari IFC kepada Image Façade
Construction Sdn Bhd (IFCSB) dan pada tahun 2011 syarikat telah naik
taraf ke kelas A PKK dan CIDB gred G7 bagi mengembangkan operasi
syarikat.
Dengan adanya
pengalaman yang luas, kakitangan yang cekap dan berkebolehan serta
kelengkapan peralatan, syarikat IFCSB yakin dapat bersaing dalam
pasaran dan dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara.
1.2.2 Latar Belakang
Organisasi
NAMA SYARIKAT : IMAGE
FAÇADE CONSTRUCTION SDN BHD
NO. PENDAFTARAN SYARIKAT
: 657592-H
ALAMAT SYARIKAT
DIDAFTARKAN : 100, SOLOK KAMPUNG JAWA 7, 11950
BAYAN BARU, PULAU PINANG
ALAMAT SURAT MENYURAT :
100, SOLOK KAMPUNG JAWA 7, 11950
BAYAN BARU, PULAU PINANG
NO. TELEFON : 04-6404540
NO. FAX : 04-6404544
TARIKH MULA PERNIAGAAN :
28 JUN 2004
JENIS PERNIAGAAN :
PEMBINAAN, PEMBORONG & KHIDMAT SERVIS
STATUS PERNIAGAAN : SDN
BHD
TARAF PERNIAGAAN : 100%
BUMIPUTERA
MODAL DIBENARKAN :
RM1,000,000,00
MODAL BERBAYAR :
RM1,000,000,00
BANK : 1) MAYBANK IBS
KAMPONG BARU PULAU PINANG
2) PUBLIC
BANK CAWANGAN PULAU TIKUS
COMPANY SECRETARY : MS
CONSULTING GROUP
(SECRETARIAL OFFICE) NO. 9A TINGKAT 2, LEBUH TENGGIRI 2, PUSAT BANDAR
SEBERANG JAYA,
13700 SEBERANG JAYA, PULAU PINANG.
PENGARAH SYARIKAT : 1)
SHAMSUL BIN OSMAN
2) SITI NOREHAN BINTI OSMAN
SYARIKAT : IMAGE FAÇADE
CONSTRUCTION SDN BHD
ALAMAT BERDAFTAR : 100,
SOLOK KAMPUNG JAWA 7, 11950
BAYAN BARU, PULAU PINANG
NO.TEL : 04-6404540
NO. FAX : 04-6404544
TARIKH MULA PERNIAGAAN :
28 JUN 2004
TARAF PERNIAGAAN : 100%
BUMIPUTERA
BIL. PEKERJA : 12 0RANG
1.2.3 Latar Belakang
Penubuhan Organisasi
EMPAT BUAH SYARIKAT
DIBAWAH SYARIKAT IMAGE FAÇADE CONSTRUCTION
- BHO ENTERPRISE
DITUBUHKAN OLEH EN BADRUL
HISHAM BIN OSMAN . SYARIKAT INI DITUBUHKAN PADA 18 OGOS 2002. SYARIKAT INI
MENGUTAMAKAN PEKERJAAN DALAM BIDANG BANNER DAN KHIDMAT SERVIS BERLESEN CIDB G5.
- IMAGE ESTHETIC CONSTRUCTION
DITUBUHKAN
OLEH EN SHAHIFUL BIN OSMAN . SYARIKAT INI DITUBUHKAN PADA 23 OKT 2003 .SYARIKAT
INI MENGUTAMAKAN PEKERJAAN DALAM BIDANG BANNER BERLESEN CIDB G1.
3.ESTEEM AGENCY
DITUBUHKAN
OLEH PN SARINA BT HASSAN . SYARIKAT INI DITUBUHKAN PADA6 MEI 2006. SYARIKAT
INI MENGUTAMAKAN PEKERJAAN DALAM BIDANG KHIDMAT SERVIS BERLESEN CIDB G2.
4.FAJAR MAJU
CONSTRUCTION
DITUBUHKAN
OLEH PN NORMAH BT OSMAN . SYARIKAT INI DITUBUHKAN PADA 21 APRIL 2012. SYARIKAT
INI MENGUTAMAKAN PEKERJAAN DALAM BIDANG BANNER BERLESEN CIDB G5.
1.2.4 Latar Belakang
Pengarah Syarikat
MAKLUMAT PENGARAH
SYARIKAT
NAMA PENGARAH : EN SHAMSUL
BIN OSMAN
NO IC : 710824-07-5125
UMUR : 43 TAHUN
KEWARGANEGARAAN : MALAYSIA
BANGSA : MELAYU
JAWATAN : PENGARAH
URUSAN/PENGARAH PROJEK
KELULUSAN : A) DIPLOMA
PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH INSTITUT
TEKNOLOGI
MARA
B)
SIJIL PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH INSTITUT
TEKNOLOGI
MARA
PENGALAMAN : 12 TAHUN
DALAM BIDANG PEMBINAAN KONTRAK DAN
PROJEK
PERUMAHAN SWASTA
1.2.5 Carta Organisasi
Syarikat
No comments:
Post a Comment