BAB
2
RINGKASAN
AKTIVITI
2.1 PENGENALAN
REFLEKSI MINGGUAN
Refleksi
mingguan ini ada penulisan secara ringkas tentang aktiviti-aktiviti
mingguan pelajar serta pengalaman pelajar semasa menjalani latihan
industri dalam tempoh enam bulan. Pelajar diminta untuk menulis
aktiviti yang dilakukan setiap minggu. Di dalam kandungan efleksi
mingguan ini tersenarai seberapa banyak langkah-langkah kerja serta
penerangan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar selama tempoh
menjalani latihan industri.
2.2 REFLEKSI MINGGUAN
2.2.1 MINGGU
PERTAMA (23.6.2014-27.6.2014)
Pelajar melapor diri di
Pejabat Image Façade Construction Sdn Bhd. Pada hari yang sama,
pelajar diminta untuk menghantar kad pengesahan diri dan pelan tempat
menjalani latihan industri di Politeknik Balik Pulau. Pelajar juga
diminta memperkenalkan diri kepada semua staff di Pejabat tersebut.
Sesi perkenalan bersama kesemua staff diadakan pada minggu ini. Di
hari berikutnya pula, pelajar diminta untuk mengenali dan mendalami
sejarah penubuhan syarikat Image Façade Construction Sdn Bhd ini.
2.2.2 MINGGU
KEDUA (30.6.2014-4.7.2014)
Pelajar dibahagikan kerja
mengikut masa serta diberitahu tentang peraturan-peraturan syarikat
yang perlu dipatuhi. Pelajar juga diperkenalkan dengan kerja-kerja
yang baru seperti menyemak iklan tender yang masuk dan juga membuat
“tendering system” bagi memudahkan pihak syarikat untuk menyemak
tender keluar masuk dalam setiap bulan.
2.2.3 MINGGU
KETIGA (7.7.2014-11.7.2014)
Pada minggu ini, pelajar
dikehendaki untuk mempelajari cara bagaimana untuk mengendalikan
mesin printer dan juga cara untuk membaiki printer. Pelajar dibantu
oleh seorang staff syarikat yang berjawatan tinggi tentang printer
tersebut. Setelah itu,
pelajar juga diminta untuk menambahkan dakwat printer tersebut
sekiranya habis.
2.2.4 MINGGU
KEEMPAT (14.7.2014-18.7.2014)
Pada minggu ini, pelajar
diberi masa untuk memahami dan mendalami segara perkara tentang
syarikat seperti bidang yang diceburi oleh syarikat serta kerja-kerja
yang dijalankan oleh syarikat. Pelajar juga dibenarkan untuk mengikut
pihak atasan untuk menghadiri lawatan tapak bagi mendapatkan projek
syarikat yang seterusnya. Pelajar juga telah mendapatkan banyak
maklumat tentang syarikat, bilangan pekerja syarikat, serta
lesem-lesen yang dimiliki syarikat seperti lessen CIDB, PKK dan
lain-lain.
2.2.5 MINGGU
KELIMA (21.7.2014-25.7.2014)
Pelajar diarah untuk
memasukkan data syarikat ke dalam Microsoft excel. Masukkan data itu
bertujuan untuk simpan semua nama, no siri, no pendaftaran cpu, serta
monitor dan printer yang ada di dalam pejabat. Pelajar juga diminta
untuk membuat claim syarikat. Selain itu pelajar juga diajar untuk
mencari tender di internet dan email syarikat.
2.2.6 MINGGU
KEENAM (28.7.2014-1.8.2014
Cuti bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ramai pekerja yang mula mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman.
2.2.7 MINGGU
KETUJUH (4.8.2014-8.8.2014)
Menyiapkan buku laporan
sebanyak 20 % iaitu memasukkan isi-isi penting seperti pengenalan
kepada syarikat serta lesen dan carta organisasi syarikat. Pelajar
diminta untuk menyemak tender di setiap email syarikat bagi
mendapatkan iklan terder yang terbaru untuk syarikat.
2.2.8 MINGGU
KELAPAN (11.8.2014-15.8.2014)
Menghadiri kursus tentang
OSHA dan KWSP. Kursus ini bertujuan untuk memupuk kesedaran pekerja
tentang kepentingan OSHA dan akibat tidak mematuhi peraturan OSHA.
Kursus KWSP pula, pelajar mendapat seberapa banyak keterangan dan
maklumat tentang KWSP serta dapat berkongsi idea dan dapat menanyakan
soalan yang tidak difahami berkaitan KWSP.
2.2.9 MINGGU
KESEMBILAN (18.8.2014-21.8.2014)
Membuat beberapa buah graf
untuk mengira bilangan tender yang masuk dan keluar setiap tahun.
Graf tesebut dibuat menggunakan micosoft excel. Graf dipilih mengikut
kesesuaian dan diedit warna serta dimasukkan jumlah tender bagi
setiap bulan.
2.2.10 MINGGU
KESEPULUH (24.8.2014-28.8.2014)
Memasukkan data ke dalam
tendering system yang telah dibuat oleh pelajar. Data yang dimasukkan
adalah seperti nama tender, no pendaftaran, tarikh,harga, agensi, status dan
lain-lain. Data yang dimasukkan adalah dibahagikan mengikut syarikat
dan tarikh. Menyemak iklan tender melalui email.
2.2.11 MINGGU
KESEBELAS (1.9.2014-5.9.2014)
Membuat laporan tentang kenaikan jumlah bilangan tender yang dapat mengatasi masalah kerugian syarikat. Laporan dibuat berasaskan sumber yang diambil dari kerani syarikat. Laporan hendaklah disiapkan dan dihantar pada keesokan hari.
2.2.12 MINGGU
KEDUABELAS (8.9.2014-12.9.2014)
Pada minggu ini, pelajar diminta untuk membuat graf bagi mengira bilangan kemasukan tender pada bulan Januari hingga bulan Disember pada tahun ini. Graf tersebut dibuat berdasarkan senai bilangan tender yang masuk dan keluar pada tahun ini.
2.2.13 MINGGU
KETIGABELAS (15.9.2014-19.9.2014)
Minggu ini pelajar ditugaskan untuk mengasingkan komputer yang rosak serta mencatatkan no siri koputer tersebut. Komputer tersebut akan dibuat proses perlupusan dan dihantar ke bahagian IT untuk dilupuskan.
2.2.14 MINGGU
KEEMPATBELAS (22.9.2014-26.9.2014)
Pelajar diminta untuk membuat surat permohonan untuk kenaikan lesen CIDB. Lesen ini harus dinaikkan bagi memperluaskan bidang syarikat. Surat permohonan ini kemudiannya akan di faks kan ke pejabat CIDB.
2.2.15 MINGGU
KELIMABELAS (29.9.2014-3.10.2014)
Pada minggu ini, pelajar diminta untuk check komputer supaya semua dalam keadaan yang baik. Komputer yang rosak akan diasingkan dan disimpan ke dalam stor.
2.2.16 MINGGU
KEENAMBELAS (6.10.2014-10.10.2014)
Pada minggu ini, pelajar diminta untuk skan dan membuang virus pada komputer. pelajar juga harus mengemaskini komputer dan membersihkan data yang tidak terpakai
2.2.17 MINGGU
KETUJUHBELAS (13.10.2014-17.10.2014)
Pada minggu ini, pelajar diminta untuk mencuci bahagian dalaman komputer untuk membuang habuk. Ini adalah aktiviti menyelenggara komputer yang pertama dilakukan oleh pelajar.
2.2.18 MINGGU
KELAPANBELAS (20.10.2014-24.10.2014)
Pada minggu ini, Syarikat telah mengadakan jamuan untuk menyambut kemajuan syarikat. Pelajar diminta untuk membantu mengendalikan jamuan tersebut serta membuat laporan untuk dihantar pada pihak atasan.
2.2.19 MINGGU
KESEMBILANBELAS (27.10.2014-31.7.2014)
Pada minggu ini, pelajar harus check email . Seterusnya pelajar diminta untuk skan beberapa surat untuk diemailkan.
2.2.20 MINGGU
KEDUAPULUH (3.11.2014-7.11.2014)
Pada minggu ini, pelajar harus mengendalikan mesin fotostat. pelajar juga haru menambahkan ink pada mesin tersebut.
No comments:
Post a Comment