SELENGGARA KOMPUTER
4.1 Pengenalan Kepada
Selenggara Komputer
Selenggara komputer ialah
tindakan tersusun bagi mencegah atau membaiki sebarang kerosakan yang
mengakibatkan kegagalan dalam fungsi sesebuah sistem komputer.
Proses penyelenggaraan
amat penting. Selain mengatasi kegagalan sistem apabila kerosakan
berlaku, selenggaraan yang berjadual juga mampu mengelakkan
kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku.
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Baik pulih belum
tentu dapatmembaiki sistem yang rosak, sebaliknya pencegahan
peringkat awal melalui penjadualanselenggaraan mampu mengelakkan
daripada berlaku kerosakan sistem
4.1.1 Untuk
Perlindungan Data
Komputer yang kita gunakan
di dalam rumah lazimnya menyimpan data-data yang amat sulit dan
berbentuk peribadi. Bagi sector korporat pula, sistem komputer
digunakan bagi tujuan memproses dan menyimpan data yanag amat penting
bagi syarikat. Data-data ini kadangkala bernilai ribuan malahan
jutaan ringgit. Kerosakan sistem kadangkala boleh membawa kepada
hilang data. Oleh itu , proses perlindungan data ada la proses yang
terpenting dalam selenggara komputer.
Dalam topic ini, beberapa
barangan diperlukan bagi membuat salinan data seperti
1.cakera liut (disket)
2. cakera padat
(CD-R,CD-RW,DVD-R,DVD-RW,DVD-RAM)
3.cakera keras (harddisk)
4.Memori Flash
(thumb-drive,pendrive, usb-drive)
4.1.2
Pembersihan Perkakasan
Tujuan pembersihan adalah
bagi mengelakkan gangguan akibat kehadiran habuk atau lain-lain bahan
yang boleh mengganggu kelancaran sistem. Walaupun nampak kecil,
tugas ini penting sebagai satu aktiviti selenggaraan kerana kesemua
ini boleh mengakibatkan gangguan pada sistem yang akan dioperasi.
4.1.3 Cara
Pembersihan Perkakasan
I. Matikan kesemua
suis komputer terlebih dahulu
II. Setelah itu, buka
kasing komputer
III. Gunakan vacuum
penyedut habuk pada komputer secara cermat
IV. Semburkan cecair
alcohol pada kain bersih
V. Bersihkan
habuk-habuk kecil yang tertinggal pada celah komputer
menggunakan
kain tersebut
VI. Keringkan cpu
VII. Pasang semula casing
dan kesemua kabel
VIII. Pastikan cpu dalam
keadaan baik dan dapat berfungsi
4.1.4 Tujuan
Pembersihan Perkakasan
- Membersihkan komponen komputer daripada habuk dan kotoran
- Mengelakkan kipas sistem daripada tersekat dan berhenti berpusing
- Mengelakkan pemanasan lampau cip-cip sistem yang boleh mendatangkan kerosakan akibat gangguan fungsi penyejuk seperti kipas dan sirip aluminium
- Mengelakkan litar pintas akibat kehadiran lembapan dan partikel pengalir elektrik dalam habuk
4.1.5 Pemeriksaan
Luaran Dan Dalaman Komputer
Kerosakan
sistem komputer boleh diatasi dengan menggunakan dua cara pemeriksaan
iaitu pemeriksaan luaran dan dalaman,
Pemeriksaan
luaran yang sering dilakukan adalah seperti pemeriksaan sambungan
kabel-kabel perkakasan komputer kepada unit sistem dan sambungan
sistem kepada punca kuasa elektrik. Sambungan yang terputus akan
menyumbang kepada kegagalan fungsi sistem.
Pemeriksaan
dalaman pula melibatkan operasi dalaman sistem bagi mengenalpasti
masalah yang timbul dan tidak dapat dikenalpasti secara mata kasar.
Ia juga melibatkan penggunaan alatan tertentu bagi tujuan
pengenalpastian. Sebagai contoh, pemutar skru mungkin digunakan bagi
membuka ‘casing’ sistem untuk meninjau lebih lanjut perkakasan
sensitif yang dilindungi bagi mengesan punca kegagalan fungsi sistem
dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment