BAB 6 :

KESIMPULAN


Kesimpulan yang dapat saya berikan disini adalah latihan industri adalah sangat penting untuk dilaksanakan oleh kesemua pelajar kerana secara tidak langsung pelajar dapat memahami dan memperolehi ilmu tentang kerja yang bakal dilaksanakan oleh mereka selepas tamat pengajian nanti. Selain itu, pelajar juga dapat memperolehi pengalaman dalam pekerjaan apabila mula membuat latihan praktikal. Pengalaman tersebut secara tidak langsung dapat menghilangkan rasa kekok dan ragu-ragu pelajar terhadap membuat sesuatu pekerjaan. Selain itu, pelajar juga dapat berkongsi idea dan pendapat dengan kesemua pekerja lain yang bekerja. Hal ini seterusnya memupukkan sikap kerjasama dan saling bantu membantu sesama pelajar dan juga pekerja lain.


Disamping itu juga, sekiranya pelajar menjalani latihan industri ini, mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan tugas yang diberikan mereka kelak. Sementara itu juga pelajar yang menjalani latihan industri ini juga akan cuba mendisiplinkan diri serta belajar bersungguh-sungguh untuk melaksanakan kesemua tugas yang diberi. Pada masa yang sama ia membolehkan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran dalam berurusan dengan pihak luar.


Selama enam bulan saya menjalani latihan industri di syarikat Image Façade Construction ini, saya memperolehi banyak pengetahuan dan idea tentang bidang yang saya ceburi ini. Kerjasama yang diberikan pekerja disini sedikit sebanyak dapat menjadikan saya lebih matang dalam pemikiran dan dalam menjalani kehidupan seharian. Peraturan serta arahan yang di keluarkan oleh syarikat ini sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih berdisiplin dan menepati masa. Pekerja-pekerja di syarikat ini juga telah banyak menonjolkan imej yang baik seperti dengan pemakaian baju yang kemas, menepati masa, saling bertolak ansur, tidak jemu memberikan tunjuk ajar serta berkongsi idea, dan juga pertuturan yang sopan dan baik.


Selain itu, sikap saling hormat-menghormati antara majikan dan pekerja juga harus dipupuk dan terapkan nilai-nilai murni pada diri dengan menjadi pekerja yang lebih berdisiplin, berdedikasi, komiter, amanah dan jujur. Sikap ini perlu ada dalam diri seseorang pekerja yang mempunyai kualiti yang baik. Pada masa yang sama, sikap ini telah diamalkan oleh warga kerja syarikat ini sejak syarikat ini mula beroperasi jadi pekerja harus mempunyai motivasi yang tinggi bagi memajukan syarikat ini.


Secara keseluruhannya saya berasa sangat beruntung kerana diberi peluang untuk menjalani latihan industri selama enam bulan ini. Segala pengalaman yang saya dapati akan saya bawa sehingga di alam pekerjaan ini. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja dalam suasana yang aman dan tidak langsung membuatkan saya berasa selesa di alam pekerjaan. Tambahan pula, peluang untuk menjalani latihan industri ini bukan mudah untuk diperolehi. Apatah lagi, latihan industri ini amat berkesan kepada para pelajar. Semestinya adalah sangat rugi jika Institut Pengajian Tinggi tidak melaksanakan program ini kerana ia memberikan banyak kebaikan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar.








No comments:

Post a Comment